8 Ogos 2017, Gambang, Kuantan - Alhamdulillah syukur kehadrat Allah S.W.T dengan izin-Nya, J3k Kampung Baru Kemasik telah di nobatkan sebagai Juara Anugerah Desa Perdana Peringkat Negeri 2017 Zon Timur. Majlis penyampaian hadiah telah berlangsung Bukit Gambang Resort City, Kuantan (BGRC) yang disampaikan oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Ini merupakan satu pencapaian yang hebat bagi J3k Kampung Baru, kerana buat pertama kali menyertai pertandingan ini, dan telah melayakkan diri ke peringkat kebangsaan. Semoga kemenangan ini menjadi satu batu loncatan untuk J3k Kampung Baru terus memajukan Kampung Baru. Sesungguhnya kejayaan ini tidak akan datang bergolek tanpa berkat usaha gigih barisan J3k Kampung Baru dan juga pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Tanpa anda semua kejayaan ini tidak mungkin di kecapi. Semoga ade rezeki untuk kita di Peringkat Kebangsaan pula..Insyaallah...Amin.