22 Ogos 2017, Selasa, Pwtc, Kuala Lumpur - Harini merupakan hari yang amat bersejarah dimana Kampung Baru Kemasik telah dinobatkan sebagai JOHAN Anugerah Desa Perdana 2017 Peringkat Kebangsaan, bagi kategori Kampung Tradisional. Hadiah kemenangan itu disampaikan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) . Turut bersama Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan YB Ir Hj. Rosli Bin Othman, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga Dan Teknologi Hijau Negeri Terengganu Merangkap ADUN Kemasik Dan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung Baru Kemasik. Anugerah Desa Perdana merupakan program bagi menyemarakkan pemerkasaan masyarakat adalam kalangan penduduk kampung dan bertujuan melahirkan masyarakat desa berdaya saing, berinisiatif, berilmu, berdikari dan mempunyai disiplin kerja tinggi.

gmbar dari kklw
Jutaan terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan majlis penilaian ADP 2017 di Kg Baru Kemasik sejak dari Peringkat Daerah sehinggah ke Peringkat Kebangsaan. Segala penat lelah kita bersama telah terbalas.
Terima kasih kepada J3K Mukim Kemasik,Jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat..terima kasih Penghulu Mukim Kemasik .. YB Ir Rosli Othman..terima kasih semua kerana telah bersama-sama kami sepanjang persedian ADP ini...Hanya Allah dapat membalas jasa kalian. 


Diantara belia Kg Baru Kemasik yang turut hadir di majlis
Warga Emas Kg Baru Kemasik turut hadir memberi sokongan

  

Barisan pucuk pimpinan J3k Kg Baru
Barisan Ajk J3k Kg Baru yang mantap