Syukur alhamdulillah, setelah tragedi rumah dihempap pokok akibat ribut, membawa kepada gotong royong dan baik pulih rumah En. Azran Salleh yang diusahakan oleh J3K Kg Baru Kemasik. Kehadiran Ajk J3k didalam program tersebut dan teguran serta sapaan Pengerusi J3k En. Abdul Nasir bertanya khabar dengan isteri En. Azran telah membuka permasalahan yang dihadapi oleh anak beliau yang tidak memiliki sijil kelahiran. Di atas sikap prihatin dan kecaknaan, perkara tersebut telah dipanjangkan kepada Adun Yb Ir Rosli B. Othman dan Penghulu Mukim Kemasik, En. Abdul Ghafar Muhamed.Jutaan terima kasih kepada Pegawai JPN Kemaman, Pn. Suhaili diatas tindakan dan kecaknaan beliau mengambil dan menyelesaikan masalah ini dengn segera.
Alhamdulillah...inilah NBOS, kolaborasi pelbagai pihak. Tahniah
ReplyDelete