Selamat Datang ke Blog J3k Kg Baru Kemasik--
MENU
F 2017 - J3K KG BARU KEMASIK

ALLHAMDULILLAH, REZEKI KAMI

by 3:23 am
22 Ogos 2017, Selasa, Pwtc, Kuala Lumpur - Harini merupakan hari yang amat bersejarah dimana Kampung Baru Kemasik telah dinobatkan sebagai JOHAN Anugerah Desa Perdana 2017 Peringkat Kebangsaan, bagi kategori Kampung Tradisional. Hadiah kemenangan itu disampaikan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) . Turut bersama Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan YB Ir Hj. Rosli Bin Othman, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga Dan Teknologi Hijau

ALLHAMDULILLAH, berakhirlah sudah ADP Peringkat Kebangsaan 2017

by 6:37 am
11 Ogos 2018, Kampung Baru Kemasik - Jutaan terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan majlis penilaian ADP 2017 di Kg Baru Kemasik.. Terima kasih kepada J3K Mukim Kemasik,Jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat..terima kasih Penghulu Mukim Kemasik .. Adun Kemasik, YB Ir Rosli Othman..terima kasih semua kerana telah bersama-sama kami sepanjang persedian ADP ini...

KAMI JUARA!! ALLHAMDULILLAH

by 7:19 am
8 Ogos 2017, Gambang, Kuantan - Alhamdulillah syukur kehadrat Allah S.W.T dengan izin-Nya, J3k Kampung Baru Kemasik telah di nobatkan sebagai Juara Anugerah Desa Perdana Peringkat Negeri 2017 Zon Timur. Majlis penyampaian hadiah telah berlangsung Bukit Gambang Resort City, Kuantan (BGRC) yang disampaikan oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Ini merupakan satu pencapaian yang hebat bagi J3k Kampung Baru, kerana buat pertama kali menyertai pertandingan ini, dan telah melayakkan diri ke peringkat kebangsaan. Semoga kemenangan ini

LARIAN OBOR KUALA LUMPUR 2017 PERINGKAT DAERAH KEMAMAN SEMPENA SUKAN SEA KE 29

by 10:05 am
23 Julai 2017, Ahad - Bersempena dengan Program Larian Obor Kuala Lumpur 2017, Sukan Sea Ke29 Peringkat Daerah Kemaman, dataran Tok Kaya Kemasik telah di pilih sebagai tempat penamat. Larian ini bermula di Pejabat Petronas Wilayah Timur yang dilepaskan oleh Tn Hj. Mohd Zahari bin Md. Azhar ( Pegawai Daerah Kemaman) dan berakhir di Dataran Tok Kaya  oleh YB. Haji. Ir. Rosli Bin Othman, ADUN Kemasik. Turut di sertai oleh barisan J3k Kampung Baru Kemasik

GOTONG-ROYONG PERDANA BERSAMA JABATAN DAN ORANG KAMPUNG

by 3:30 pm
15 Julai 2017, Sabtu, Kampung Baru Kemasik - Bersempena dengan ADP 2017 peringkat kebangsaan, pihak J3k Kampung Baru Kemasik telah mengadakan program gotong-royong perdana bersama jabatan dan orang kampung untuk mencantikkan lagi kawasan kampung. Program ini turut di hadiri oleh Yb Hj Ir Rosli yang merupakan Adun Kemasik. Terima kasih di ucapkan kepada pihak-pihak dan juga penduduk yang turut sama menyertai program ini.

KEJOHANAN FUTSAL BERSAMA PETRONAS

by 11:13 am
14 Julai 2017, Jumaat, Gelanggang Futsal Kampung Baru Kemasik - Kejohanan futsal yang di anjurkan oleh J3k Kampung Baru Kemasik bersama Petronas telah berlangsung. Turut menyertai kejohanan ini adalah Pengerusi J3k Kampung Baru Kemasik sendiri bersama-sama dengan ahli j3k yang lain.

PROGRAM MASUK KAMPUNG BERSAMA JABATAN KESIHATAN, JKM DAN YB IR ROSLI ADUN KEMASIK

by 10:36 am
11 Julai 2017, Selasa, Kampung Baru Kanan Kemasik - Program wajib di lakukan oleh J3k Kampung Baru Kemasik pada kali ini turut disertai oleh pihak Jabatan Kesihatan, Jkm dan juga Adun Kemasik Yb Hj. Ir. Rosli Othman. Pada kali ini rombongan program membuat lawatan rumah ke rumah untuk melawat warga emas yang uzur untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan juga mengunjungi rumah penduduk yang baru melahirkan anak.

PROGRAM 10 RIBU LANGKAH

by 12:01 pm
8 Julai 2017, Sabtu, Kampung Baru Kanan Kemasik - Telah berlangsungnya program 10Ribu langkah bersama penduduk kampung. Program ini bertujuan untuk mewujudkan komuniti sihat. Program ini di sertai oleh penduduk dari pelbagai kategori umur.     

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA...

by 12:23 pm
KAMI WARGA J3K KAMPUNG BARU KEMASIK MEMGAMBIL KESEMPATAN MENGUCAPKAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DI BULAN RAMAHDAN YANG MULIA INI, SAMA-SAMALAH KITA MENINGKATKAN KEBAIKAN DI BULAN YANG MULIA INI UNTUK MENDAPAT KEBERKATAN DI DUNIA DAN AKHIRAT

GOTONG ROYONG BERSAMA JABATAN

by 9:05 pm
16 MEI 2017, KG BARU KANAN, KEMASIK - J3k Kg Baru telah mengadakan gotong royong untuk menjaga keselamatan kawasan kampung dengan menebang pohon-pohon pokok yang berisiko membahayakan keselamatan penduduk kampung. Turut di sertai oleh penduduk kampung dan juga pihak Majlis Perbandaran Kemaman.

CABARAN LUBUK SIRI KE - 6 2017

by 8:28 am
26 APRIL 2017, RABU, SG KEMASIK - Pada setiap tahun, cabaran lubuk merupakan aktiviti wajib dianjurkan oleh J3k Kg Baru Kemasik yang saban tahun berjaya menarik ramai peserta-peserta dari pelbagai peringkat umur. Turut menawarkan hadiah yang lumayan berbaloi untuk menjadi rebutan peserta.

MESYUARAT AGUNG PEMUDA, WANITA DAN CAWANGAN KG BARU KEMASIK

by 9:36 pm
8 APRIL 2017, BALAI J3K KG BARU, SARANG LANG KEMASIK - Pada 2.30 Ptg telah berlangsungnya  mesyurat agung yang turut di hadiri oleh penduduk kampung. Melalui mesyuarat ini, segala isu-isu berbangkit di bentangkan. Pengerusi J3k turut menyampaikan sijil penghargaan kepada pihak Tadika Kemas Kg Baru, Rela, Kemas dan juga Pi1m Kg Baru Kemasik di atas penglibatan dalam aktivit yang di anjur oleh pihak j3k

ALLHAMDULILLAH...LAKARAN SEJARAH TELAH TERCIPTA

by 8:00 am
21 MAC 2017, KG BARU KEMASIK - J3k Kg Baru Kemasik telah terpilih untuk menyertai Pertandingan Anugerah Desa Perdana 2017 (Peringkat Daerah) buat kali pertama. Berkat kesungguhan barisan J3k Kg Baru Kemasik dan juga pihak-pihak yang turut sama menyumbangkan tenaga serta penduduk kg yang turut berganding bahu telah membuahkan hasil di mana buat kali pertama, J3k Kg Baru Kemasik telah memenangi tempat Pertama dalam pertandingan ini seterusnya mewakili Daerah Kemaman untuk ke peringkat negeri dan berharap sehingga ke peringkat kebangsaan. Insyaallah Majlis Penyampaian

EKONOMI DAN PROJEK DESA KG BARU KEMASIK (PERTANIAN DAN PENTERNAKAN)

by 3:02 pm
- Antara projek yang dilaksana setakat ini, kebanyakannya adalah usaha secara individu dan berkelompok - Bidang-bidang ekonomi dan projek desa terdiri daripada keusahawanan seperti yang berikut; a) Perladangan/pertanian b) Perternakan/perikanan c) Pembuatan/pembinaan d) Perkhidmatan/peruncitan KELAPA PANDAN /MATAQ

PROGRAM MASUK KAMPUNG

by 1:30 pm
KG Baru Kanan, 11/02/2017 - Program masuk kampung bersama YB ADUN Kemasik dgn J3K merupakan program bulanan anjuran J3K Kg Baru Kemasik. Semalam J3K telah melawat panduduk kampung yang ditimpa kemalangan , pesakit jantung dan seorang warga emas..sikap perihatin yang sedia ada didalam diri YB Adun telah menambat hati pesakit dan kehadiran YB diterima oleh masyarakat dengan tangan yang terbuka..diharap YB akan terus berbakti dan berkhidmat utk penduduk setempat...