22 Ogos 2017, Selasa, Pwtc, Kuala Lumpur - Harini merupakan hari yang amat bersejarah dimana Kampung Baru Kemasik telah dinobatkan sebagai JOHAN Anugerah Desa Perdana 2017 Peringkat Kebangsaan, bagi kategori Kampung Tradisional. Hadiah kemenangan itu disampaikan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) . Turut bersama Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan YB Ir Hj. Rosli Bin Othman, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga Dan Teknologi Hijau

11 Ogos 2018, Kampung Baru Kemasik - Jutaan terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan majlis penilaian ADP 2017 di Kg Baru Kemasik.. Terima kasih kepada J3K Mukim Kemasik,Jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat..terima kasih Penghulu Mukim Kemasik .. Adun Kemasik, YB Ir Rosli Othman..terima kasih semua kerana telah bersama-sama kami sepanjang persedian ADP ini...

8 Ogos 2017, Gambang, Kuantan - Alhamdulillah syukur kehadrat Allah S.W.T dengan izin-Nya, J3k Kampung Baru Kemasik telah di nobatkan sebagai Juara Anugerah Desa Perdana Peringkat Negeri 2017 Zon Timur. Majlis penyampaian hadiah telah berlangsung Bukit Gambang Resort City, Kuantan (BGRC) yang disampaikan oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Ini merupakan satu pencapaian yang hebat bagi J3k Kampung Baru, kerana buat pertama kali menyertai pertandingan ini, dan telah melayakkan diri ke peringkat kebangsaan. Semoga kemenangan ini
MCD, Casino,