Selamat Datang ke Blog J3k Kg Baru Kemasik--
MENU
F July 2017 - J3K KG BARU KEMASIK

LARIAN OBOR KUALA LUMPUR 2017 PERINGKAT DAERAH KEMAMAN SEMPENA SUKAN SEA KE 29

by 10:05 am
23 Julai 2017, Ahad - Bersempena dengan Program Larian Obor Kuala Lumpur 2017, Sukan Sea Ke29 Peringkat Daerah Kemaman, dataran Tok Kaya Kemasik telah di pilih sebagai tempat penamat. Larian ini bermula di Pejabat Petronas Wilayah Timur yang dilepaskan oleh Tn Hj. Mohd Zahari bin Md. Azhar ( Pegawai Daerah Kemaman) dan berakhir di Dataran Tok Kaya  oleh YB. Haji. Ir. Rosli Bin Othman, ADUN Kemasik. Turut di sertai oleh barisan J3k Kampung Baru Kemasik

GOTONG-ROYONG PERDANA BERSAMA JABATAN DAN ORANG KAMPUNG

by 3:30 pm
15 Julai 2017, Sabtu, Kampung Baru Kemasik - Bersempena dengan ADP 2017 peringkat kebangsaan, pihak J3k Kampung Baru Kemasik telah mengadakan program gotong-royong perdana bersama jabatan dan orang kampung untuk mencantikkan lagi kawasan kampung. Program ini turut di hadiri oleh Yb Hj Ir Rosli yang merupakan Adun Kemasik. Terima kasih di ucapkan kepada pihak-pihak dan juga penduduk yang turut sama menyertai program ini.

KEJOHANAN FUTSAL BERSAMA PETRONAS

by 11:13 am
14 Julai 2017, Jumaat, Gelanggang Futsal Kampung Baru Kemasik - Kejohanan futsal yang di anjurkan oleh J3k Kampung Baru Kemasik bersama Petronas telah berlangsung. Turut menyertai kejohanan ini adalah Pengerusi J3k Kampung Baru Kemasik sendiri bersama-sama dengan ahli j3k yang lain.

PROGRAM MASUK KAMPUNG BERSAMA JABATAN KESIHATAN, JKM DAN YB IR ROSLI ADUN KEMASIK

by 10:36 am
11 Julai 2017, Selasa, Kampung Baru Kanan Kemasik - Program wajib di lakukan oleh J3k Kampung Baru Kemasik pada kali ini turut disertai oleh pihak Jabatan Kesihatan, Jkm dan juga Adun Kemasik Yb Hj. Ir. Rosli Othman. Pada kali ini rombongan program membuat lawatan rumah ke rumah untuk melawat warga emas yang uzur untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan juga mengunjungi rumah penduduk yang baru melahirkan anak.

PROGRAM 10 RIBU LANGKAH

by 12:01 pm
8 Julai 2017, Sabtu, Kampung Baru Kanan Kemasik - Telah berlangsungnya program 10Ribu langkah bersama penduduk kampung. Program ini bertujuan untuk mewujudkan komuniti sihat. Program ini di sertai oleh penduduk dari pelbagai kategori umur.